Posts

Terusir

Bismillah hi rrahmaaani rahmin.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Hidupku bersama takdir yang ditentukan Allah. Harus aku jalani takdir itu dengan redha meski aku tidak kuat dan bersabar harungi semuanya. Langkahku kaku, saat dilempar kata-kata yang menyakitkan telinga, hati dan perasaan. Aku tidak punya pangkat dan kenamaan, apalagi punya harta dan keturunan bangsawan. Hanya mencari “roti dan mentega” halal dan toyyiban.  Tidak punya penyelia, dan akulah kulinya. Saat masalah mendatang kuli punya kesalahan. Saat Kejayaan mendatang Pegawai senyum terima pingat dan tepukan. Kebanyakan pegawai punya kemahuan baru mencari kawan. Kebanyakan masalah datang Pegawai mencari kuli untuk dikambing hitamkan. Ya Rabb, Ya Khaliq.. Saksikanlah..pada hari-hari beratku aku jalani kadang tidak mampu menahan rasa beratku sendiri..Aku ditemani tangisan bukan kerana aku lemah..Tapi kerana aku terharu pada diriku yang telah melalui hari-hari berat dengan sendirian..Meski aku tid...

Cipta bukan tunggu Kejayaan. Buat sekarang bukan “nanti”

 Salam Silaturahim, Penulis ingin mengingatkan kepada diri sendiri untuk berjaya jangan tunggu...”cipta” (Buat sekarang)..memang dunia adalah tempat lelah manusia...”cipta” kejayaan...mulakan langkah...bukan tunggu langkah...penat lelah terus lakukan apa yang kamu suka...DO WHAT YOU LOVE, LOVE WHAT YOU DO..Dan..Apabila kamu telah berjaya harungi dan kejayaan milik kamu...Disitulah Balas dendam yang paling membahagiakan dalam hidupmu.. Kejayaan yang telah kamu miliki.. In sha Allah... Semoga dilindungi oleh mata-mata jahat... Hasad dan Dengki manusia.. Aameeeeen... Tawau, 31/8/21

Fizikal, Harta, keturunan, Agama REALITINYA fizikal dahulu

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang... Pandangan penulis buat pembaca yang budiman..Boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan penulis..  Realiti lelaki sebelum berkahwin... Hati lelaki tetap memilih fizikal wanita dahulu..kemudian melihat hartanya...ketiga menilai keturunannya..& terakhir agamanya... #Setelah berkahwin semuanya sia-sia kecuali yang memilih agamanya..yang memahami agamanya.. #Orang yang Tahu, belum tentu Dia sedar.. #Orang yang Faham, in sha Allah Dia sedar.. #Orang yang Sedar, in sha Allah Dia Faham..

Balas Dendam yang Paling Membahagiakan dengan Memajukan diri sendiri tanpa bicara dengan orang lain

Heningkan hatimu, Bacalah basmalah.. Yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha pemurah, Dan Maha Penyayang.. Pembaca yang setia, Ketahuilah dan fahamilah..bahawa hanya ada satu.. dan tiada duanya..dialah..muhammad s.a.w yang mencintai diriku..dirimu..dan semua umatnya.. Penulis mengingati untuk diri sendiri agar sentiasa Fokus pada amanah yang telah diberikan.  Galas dengan tanggungjawab. Doa dan sangka yang baik dengan Allah Al-Khaliq. Usaha dan belajar dari kesilapan. Maju kehadapan. Jangan takut dengan makhluk. Al-quran jangan tinggal. Fokus kelebihan dirimu. Hargai dirimu. Kerana suatu hari semua manusia akan meninggalkan dirimu...samada tanpa sebab atau bersebab..dan pada masa itu hanya pencipta yang ada.. 23/8/2021 Tawau,Sabah

Mencintai Seseorang Dalam Doa

Heningkan hatimu, Bacalah basmallah. Yang bermaksud, Dengan nama Allah  yang maha pemurah dan maha penyayang. Terinspirasi daripada kajian Ustadz Hanan Attaki. (Semoga Allah merahmati beliau & istiqamah dalam berdakwah.) Pembaca yang disayangi penulis, Saat kamu merindui seseorang yang kamu cintai..mengertilah, bahawa Allah itu mudah baginya membolak balikkan hati hambanya..misalan semudah manusia membolak balikkan tapak tangannya.  Tidak seperti hambanya yang berusaha keras untuk mendapatkan restu ibu bapa atas pilihan hati sendiri..sampai habis tenaga, masa dan ikhtiar namun hatinya masih belum menerima..kenapa? Kerana yang memegang hati ibu bapa adalah Allah..ibu bapa adalah makhluk..yang menciptakan ibu bapa adalah Allah azza wa jalla..justeru yang memegang hati ibu bapa lantas membolak balikkan hati ibu bapa sudah tentu Allah dan sangat mudah bagi Allah.. Seperti kisah Saidina Umar sebelum beliau kembali ke fitrah untuk memeluk islam, dikisahkan pada klimaks cerita sa...

Memikirkan Seseorang Dalam Hati

Bacalah basmalah.. Yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha pemurah, Dan Maha Penyayang.. Heningkan hatimu... Ukirlah senyumanmu.. Pembaca yang dirindui penulis, Terima seadanya saat kamu menghadapi ujian perasaan.. Terima seadanya saat kamu dihinakan.. Terima seadanya saat kamu ditimpakan musibah.. Terima seadanya saat kamu terluka berdarah-darah.. Kerana Allah bersama orang yang sabar dan solat.. Sudah pasti kamu kecewa, sedih, marah, geram & sakit hati dengan manusia yang melukakan perasaan. Apalagi orang yang tidak mahu mengerti perasaan kamu, peduli hak kamu.  Perhatikanlah.. itu cuma asbab Allah menunjukkan kepada kamu bahawa itu cara terbaik menghapuskan dosa lalu yang sengaja dan tidak sengaja kamu lakukan. Ucapkanlah istighfar... semoga istighfar tersebut menghapusi dosa dosa lalumu dan digantikan dengan kebaikan dan manfaat... Istighfar sebanyak-banyaknya... Istighfar sedalam-dalamnya.. Istighfar sepuas-puasnya.. Semoga istighfar ini membantumu menjalani ujian bera...