Terusir
Bismillah hi rrahmaaani rahmin.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Hidupku bersama takdir yang ditentukan Allah. Harus aku jalani takdir itu dengan redha meski aku tidak kuat dan bersabar harungi semuanya. Langkahku kaku, saat dilempar kata-kata yang menyakitkan telinga, hati dan perasaan. Aku tidak punya pangkat dan kenamaan, apalagi punya harta dan keturunan bangsawan. Hanya mencari “roti dan mentega” halal dan toyyiban. Tidak punya penyelia, dan akulah kulinya. Saat masalah mendatang kuli punya kesalahan. Saat Kejayaan mendatang Pegawai senyum terima pingat dan tepukan. Kebanyakan pegawai punya kemahuan baru mencari kawan. Kebanyakan masalah datang Pegawai mencari kuli untuk dikambing hitamkan. Ya Rabb, Ya Khaliq.. Saksikanlah..pada hari-hari beratku aku jalani kadang tidak mampu menahan rasa beratku sendiri..Aku ditemani tangisan bukan kerana aku lemah..Tapi kerana aku terharu pada diriku yang telah melalui hari-hari berat dengan sendirian..Meski aku tid...