Mencintai Seseorang Dalam Doa
Heningkan hatimu,
Bacalah basmallah.
Yang bermaksud,
Dengan nama Allah
yang maha pemurah dan maha penyayang.
Terinspirasi daripada kajian Ustadz Hanan Attaki. (Semoga Allah merahmati beliau & istiqamah dalam berdakwah.)
Pembaca yang disayangi penulis,
Saat kamu merindui seseorang yang kamu cintai..mengertilah, bahawa Allah itu mudah baginya membolak balikkan hati hambanya..misalan semudah manusia membolak balikkan tapak tangannya.
Tidak seperti hambanya yang berusaha keras untuk mendapatkan restu ibu bapa atas pilihan hati sendiri..sampai habis tenaga, masa dan ikhtiar namun hatinya masih belum menerima..kenapa? Kerana yang memegang hati ibu bapa adalah Allah..ibu bapa adalah makhluk..yang menciptakan ibu bapa adalah Allah azza wa jalla..justeru yang memegang hati ibu bapa lantas membolak balikkan hati ibu bapa sudah tentu Allah dan sangat mudah bagi Allah..
Seperti kisah Saidina Umar sebelum beliau kembali ke fitrah untuk memeluk islam, dikisahkan pada klimaks cerita saidina umar ketika beliau ingin membunuh nabi Muhammad s.a.w dan tiba-tiba hatinya mendapat hidayah daripada Allah. Setelah memeluk islam, beliau malah menjadi Khalifah yang meneruskan dakwah nabi Muhammad s.a.w dan dijamin masuk syurga Allah. Iktibar cerita Saidina Umar menunjukkan bahawa, amat mudah bagi Allah membolak balikkan hati hambanya. Allah sangat menyayangi hambanya. Meskipun pahit yang dilalui seperti rasa tidak dimakbulkan Allah, berdoalah..kerana doa adalah komunikasi yang paling canggih meski terlihat terlalu mudah untuk menadah kedua tangan ke langit. Penulis juga tidak terkecuali mengalami pahitnya kehidupan dan sedang berusaha memperbaiki diri dan mengutamakan doa dalam apa jua keadaan.
Nasihat buat diri penulis sendiri,
Yang terbaik buat diri sendiri adalah, apabila mencintai seseorang..berdoalah..kerana Mendoakan adalah cara terbaik untuk berjuang tanpa harus kehilangannya.
-1314520-
4/8/2021
Tawau,Sabah
Comments
Post a Comment