Posts

Showing posts from July, 2021

Allah sangat tahu kamu mencintainya

 Heningkan hatimu, Bacalah basmalah.. Yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha pemurah, Dan Maha Penyayang.. Pembaca yang sangat disayangi, Berat hati melepaskan adalah proses awal untuk bangkit dari kesakitan. Yah..ianya sakit dan tidak kelihatan. In sha Allah, kamu boleh lakukan dengan kesabaran.. yakin kamu pasti boleh melakukannya.  “Move On” bukan susah dan bukan mudah dilakukan oleh seseorang yang benar benar terluka. Jasadnya sedang bekerja/belajar namun hatinya, fikirannya masih mengenangkan orang yang dicintainya.  Apa jua yang dikenangkan difikiran kamu, Allah tahu kamu mencintainya, bahkan Allah tahu isi hati kamu sedalam-dalamnya. Hanya masa, tempat dan waktu yang tepat sahaja yang menjadi puncanya. Waktunya belum sesuai untuk bersama orang yang kamu cintai. Allah yang menciptakan masa..maka hanya Allah yang tahu dan  rencana-Nya jauh lebih indah dan bahagia.  Pada masa kesakitan ini kamu boleh saja menyoal mengapa kamu yang terluka bukannya orang...

Mengalah untuk Menang

 Heningkan hatimu. Bacalah basmalah Yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang. Pembaca yang setia, Lepaskan orang yang kamu cintai pergi meninggalkan kamu. Perlahan-lahan melepaskan apa hubungan yang terjalin bersamanya. Jaga maruah diri, itu yang utama. Apa yang dimaksudkan maruah diri adalah kesan dan akibat jika masih menjalin hubungan dengan orang yang kamu cintai apalagi dia sedang bertunang atau suami/isteri orang. Lepaskanlah, seperti layang layang yang ditiup angin semakin dilepaskan, semakin tinggi layang layang terbang. Semakin kamu melepaskan semakin tinggi kejayaan mendatang. Kamu yakin layang layang terbang tinggi ditiup angin, kenapa tidak Yakin di kalbu bahawa bila kamu melepaskan ada kejayaan bakal mendatang. Jika bukan perasaan yang bahagia tapi kehidupan yang bahagia. Sesakit mana pun yang kamu rasakan, pasti ada ubatnya. Sedalam mana pun luka yang tidak kelihatan di hati, pasti ada ubatnya. Malahan dahan yang patah juga boleh tumbuh k...