Melepaskan Dia pergi
Heningkan hatimu,
Bacalah basmalah..
Yang bermaksud,
Dengan nama Allah yang Maha pemurah,
Dan Maha Penyayang..
Terinspirasi daripada kajian Ustadz Hanan Attaki. (Semoga Allah merahmati beliau & istiqamah dalam berdakwah.)
Beliau menyebut dalam kajiannya,
“ Ujian perasaaan...Ujian Cinta itu kan Heart Challenge..”
Supaya kamu semakin mengenal Allah. Semakin yakin dengan Allah.
Dan minta Allah melapangkan dada ketika lagi menghadapi ujian cinta, ujian perasaan untuk membiarkan seseorang yang kamu cintai pergi meninggalkan kamu.
Yakin di qolbu bahawa Allah itu memberi hadiah yang jauh lebih baik daripada orang yang kamu cintai.
Cuba katakan yang terbaik untuk orang yang kamu cintai dan akhiri dengan kata kata yang baik. Tidak perlu menyimpan dendam, sakit hati dan kekecewaan yang mendalam sehingga rutin seharian terganggu apalagi yang sedang bekerja/pelajar.
Yakin di hatimu dan qolbu,Allah tahu kamu mencintainya dan Allah tahu dia mencintai kamu. Halangan dan cabaran itu akan mematangkan perhubungan kamu.
Ambil telefon dan Ucapkanlah, jika tidak mampu berkata taipkan kata kata perpisahan taip segera dan In sha Allah dia akan baca dan selebihnya serahkan kepada Allah.
“ I really like you and I'm glad we've gotten to know each other. We've been close for a long time, and you're important to me.”
“So I want to stay friendly, but we're not chosen to be one blessed couple from your mother.”
“I'm sorry if this isn't the way you wanted things to be. I know we'll always care about each other.I know you'll be OK. I'll always remember the good times we had and glad to know you.”
“ I wish you have a succesfull life after Tunang and Nikah and having adorable baby. Ameeeen.”
Selamat mencuba..
“I Can”
08/06/2021, Tawau.
Comments
Post a Comment