Allah sangat tahu kamu mencintainya

 Heningkan hatimu,

Bacalah basmalah..

Yang bermaksud,

Dengan nama Allah yang Maha pemurah,

Dan Maha Penyayang..


Pembaca yang sangat disayangi,

Berat hati melepaskan adalah proses awal untuk bangkit dari kesakitan. Yah..ianya sakit dan tidak kelihatan. In sha Allah, kamu boleh lakukan dengan kesabaran.. yakin kamu pasti boleh melakukannya. 

“Move On” bukan susah dan bukan mudah dilakukan oleh seseorang yang benar benar terluka. Jasadnya sedang bekerja/belajar namun hatinya, fikirannya masih mengenangkan orang yang dicintainya. 

Apa jua yang dikenangkan difikiran kamu, Allah tahu kamu mencintainya, bahkan Allah tahu isi hati kamu sedalam-dalamnya. Hanya masa, tempat dan waktu yang tepat sahaja yang menjadi puncanya. Waktunya belum sesuai untuk bersama orang yang kamu cintai. Allah yang menciptakan masa..maka hanya Allah yang tahu dan  rencana-Nya jauh lebih indah dan bahagia. 

Pada masa kesakitan ini kamu boleh saja menyoal mengapa kamu yang terluka bukannya orang lain. Sudah tentu “hanya kamu yang mampu menanggungnya, bukan orang lain”. Hanya kamu sahaja yang termampu dan semampunya maka Allah memberikan kelebihan menggalas ujian persaan yang berat untuk kamu sahaja. Seperti bermain game online, semakin tinggi level, semakin tinggi cabarannya. Begitu juga dengan ujian yang kamu alami. Bahkan, penulis juga tidak terkecuali untuk menghadapi dan melalui ujian perasaan ini seperti terluka dan tangisan duka. 

Ujian perasaan ini membuktikan bahawa Allah s.w.t memandang kita sebagai hambanya yang paling disayangi melebihi sayangnya ibu terhadap anaknya. 

Kita semua adalah hamba..Maka, paling mudah bagi kita sebagai hamba janji istiqamah iaitu dengan meminta. Caranya angkat kedua tangan, mulakan dengan memuji Allah dan minta doa hanya dengan surah Al-Fatihah sahaja lebih dari cukup apalagi dengan penuh penghayatan. In sha Allah tahu dihatimu dan Allah sangat tahu kamu mencintainya.

Selamat mencuba.

I can

5/7/2021

Tawau, Sabah

Comments