Mengalah untuk Menang
Heningkan hatimu.
Bacalah basmalah
Yang bermaksud,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Dan Maha Penyayang.
Pembaca yang setia,
Lepaskan orang yang kamu cintai pergi meninggalkan kamu. Perlahan-lahan melepaskan apa hubungan yang terjalin bersamanya. Jaga maruah diri, itu yang utama. Apa yang dimaksudkan maruah diri adalah kesan dan akibat jika masih menjalin hubungan dengan orang yang kamu cintai apalagi dia sedang bertunang atau suami/isteri orang. Lepaskanlah, seperti layang layang yang ditiup angin semakin dilepaskan, semakin tinggi layang layang terbang. Semakin kamu melepaskan semakin tinggi kejayaan mendatang. Kamu yakin layang layang terbang tinggi ditiup angin, kenapa tidak Yakin di kalbu bahawa bila kamu melepaskan ada kejayaan bakal mendatang. Jika bukan perasaan yang bahagia tapi kehidupan yang bahagia. Sesakit mana pun yang kamu rasakan, pasti ada ubatnya. Sedalam mana pun luka yang tidak kelihatan di hati, pasti ada ubatnya. Malahan dahan yang patah juga boleh tumbuh kembali.
Tiada sesiapa yang boleh menggembirakan diri kamu (melainkan diri sendiri). Hargailah masa yang ada, bukan layan perasaan derita. Orang yang kamu cintai bakal melalui saat-saat indahnya. Doakan yang terbaik buat mereka berdua. Penulis juga menegur diri sendiri supaya sentiasa beringat bahawa tiada yang indah melainkan cinta kepada pencipta dan pesuruhnya Rasulullah s.a.w.
Meminta redha, rahmat & berkat itu jauh lebih mustahak daripada merawat luka. Ketahuilah, apabila jatuhnya ke hati maka lapanglah dada. Kekayaan rohani itu sub hanallah indah. Apa jua masalah, in sha Allah mudah menerima. Hati tidak mengeluh. Diri sendiri akan sendirinya sibuk menguruskan hal hal yang bermanfaat untuk akhirat.
Daripada kesedihan menjadi kesibukan. yah.. al ham dulil lah..sub hanallah. Indah sekali hikmahnya. Ditemukan dengan seseorang sebagai ujian perasaan. Lulus dengan ketabahan dan menunggu hadiah kebahagiaan. Jangan putus asa dengan rahmat Allah azza wa jalla. Bertakwalah, sebentar lagi pertolongan Allah akan sampai. Apa jua yang diutarakan oleh orang yang kamu cintai, berusahalah untuk diam. Yah..diam..kerana itulah cara “mengalah untuk menang”.
Selamat mencuba.
I can
1 Julai 2021
Tawau, Sabah.
Comments
Post a Comment