Memikirkan Seseorang Dalam Hati

Bacalah basmalah..

Yang bermaksud,

Dengan nama Allah yang Maha pemurah,

Dan Maha Penyayang..

Heningkan hatimu...

Ukirlah senyumanmu..


Pembaca yang dirindui penulis,

Terima seadanya saat kamu menghadapi ujian perasaan..

Terima seadanya saat kamu dihinakan..

Terima seadanya saat kamu ditimpakan musibah..

Terima seadanya saat kamu terluka berdarah-darah..

Kerana Allah bersama orang yang sabar dan solat..


Sudah pasti kamu kecewa, sedih, marah, geram & sakit hati dengan manusia yang melukakan perasaan. Apalagi orang yang tidak mahu mengerti perasaan kamu, peduli hak kamu. 

Perhatikanlah..

itu cuma asbab Allah menunjukkan kepada kamu bahawa itu cara terbaik menghapuskan dosa lalu yang sengaja dan tidak sengaja kamu lakukan.

Ucapkanlah istighfar...

semoga istighfar tersebut menghapusi dosa dosa lalumu dan digantikan dengan kebaikan dan manfaat...

Istighfar sebanyak-banyaknya...

Istighfar sedalam-dalamnya..

Istighfar sepuas-puasnya..

Semoga istighfar ini membantumu menjalani ujian berat dengan hati lapang.

Dan..

Apabila memikirkan seseorang yang kamu cintai...

Jika rindu...

Berdoalah..

Semoga hati selalu 

terasa dekat,

walaupun jauh..



-1314520-

2/8/2021

Tawau, Sabah



Comments

Post a Comment